MH370: Lima Keluarga Masih Di Hotel Everly - MAS

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 2:30 PM

Antara keluarga penumpang MH370 yang pernah menginap di Hotel Everly sebelum ini.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hanya terdapat lima keluarga penumpang pesawat MH370 yang menginap di Hotel Everly pada hari ke-12 pesawat berkenaan dilaporkan hilang.

Seorang jurucakap Malaysia Airlines (MAS) yang enggan dikenali berkata dalam kalangan lima keluarga itu ada yang melahirkan berhasrat untuk pulang ke rumah masing-masing pada Rabu.

"Mereka telah menetap di sini sejak kejadian itu, namun mereka ingin pulang dan akan memantau perkembangan kejadian itu dari rumah," katanya kepada pemberita di Hotel Everly di sini Rabu.

Beliau berkata tempoh masa diberikan kepada anggota keluarga menetap di situ sehingga Jumaat ini, namun tidak menghalang jika mereka ingin pulang.

Bermula Jumaat ini kebajikan kesemua keluarga penumpang yang menginap di sini akan diuruskan Perbadanan Putrajaya, katanya.

Beliau berkata pihak MAS juga telah membuka sebuah Pusat Operasi untuk memberi sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan kepada keluarga yang telah pulang.

"Operasi mungkin memerlukan tempoh masa yang panjang, oleh itu pihak MAS menasihatkan anggota keluarga pulang ke rumah untuk menjalankan rutin harian seperti biasa," katanya.

Pesawat B777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilapor hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac lepas.

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Sejak hari kejadian, keluarga penumpang pesawat telah ditempatkan di dua buah Hotel iaitu Hotel Everly, Putrajaya dan Hotel Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya bagi memudahkan MAS memaklumkan perkembangan terkini mengenai pesawat berkenaan.

Terdapat kira-kira 30 anggota keluarga penumpang dari China ditempatkan di hotel Cyberview Resort & Spa manakala lebih 100 anggota keluarga di Hotel Everly.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , Hotel Everly

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan