Kos Pilihan Raya Kecil Sejak 2008 Cecah RM15.6 Juta

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 9:38 PM

Shahidan Kassim

Shahidan Kassim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan sejumlah RM15,571,755.93 bagi kos pembiayaan 20 pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan sejak tahun 2008.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perbelanjaan untuk mengadakan sesuatu PRK adalah besar bagi menampung pelbagai kos seperti cetakan kertas undi, logistik dan kos untuk melantik pegawai dan pekerja PRK.

"Kosnya bukan sedikit, lebih baik kos itu dibelanjakan untuk kebaikan rakyat, (wakil rakyat) jangan suka-suka letak jawatan sebab nak bagi orang lain bertanding, sekurang-kurangnya habiskanlah penggal, ini bagi mengelak berlakunya PRK," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

Shahidan berkata, antara PRK yang menelan kos tinggi ialah Hulu Selangor, Batu Sapi dan Sibu iaitu sebanyak RM1.2 juta; Tenang dan Sungai Limau (RM1.1 juta); manakala Galas (RM1.043 juta). 

Dua puluh PRK itu ialah Permatang Pauh pada 2008; Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bagan Pinang (2009); Hulu Selangor, Sibu, Batu Sapi dan Galas (2010); Tenang, Merlimau dan Kerdau (2011); Kuala Besut dan Sungai Limau (2013); Kajang dan Balingian (2014).

Tags / Kata Kunci: PRK , pilihan raya kecil , Shahidan Kassim

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan