Kerajaan Sedia Beri Taklimat MH370 Kepada Pembangkang Jika Ada Permintaan - Hishammuddin - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Sedia Beri Taklimat MH370 Kepada Pembangkang Jika Ada Permintaan - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 11:54 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia untuk bertemu dan memberi taklimat kepada pembangkang berhubung kehilangan pesawat MH370 jika terdapat permintaan untuk berbuat demikian.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup dengan ahli Parlimen Barisan Nasional di sebuah hotel berhampiran KL Sentral lewat malam Selasa, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan berhasrat untuk telus dengan semua pihak yang berkenaan.

"Penyokong BN telah meminta taklimat ini. Jika pembangkang mahukan sesuatu yang serupa dengan mereka, mereka boleh membuat permintaan. Kami telus kepada dunia," katanya.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan seterusnya berkata kejadian MH370 itu boleh 'menukar sejarah penerbangan'.

"Saya harap kita dapat mencari (MH370) tidak lama lagi tetapi itu tidak bermakna ia akan berakhir di situ. Apa yang kita lalui mungkin akan mengubah sejarah penerbangan. Saya telah mendengar ini daripada pakar-pakar seluruh dunia," katanya.

Perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen BN malam Selasa yang bermula kira-kira pukul 8.30 malam dan berakhir pada tengah malam adalah taklimat kronologi kejadian kehilangan MH370 hingga sekarang, menurut pegawai khas seorang ahli Parlimen yang enggan namanya disiarkan.

"Tiada apa-apa yang baru," pegawai itu memberitahu The Star.
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan