Abdul Khalid Yakin Kerajaan Pusat Tidak Langgar MoU

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 4:53 PM

Abdul Khalid

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin kerajaan Persekutuan tidak akan melanggar perjanjian dalam memorandum persefahaman (MoU) berhubung penstrukturan semula air di Selangor.

"Saya lihat kerajaan Persekutuan komited dalam menyelesaikan isu penstrukturan semula air di Selangor.

"Saya tidak rasa mereka (kerajaan Persekutuan) tidak akan patuhi  pelaksanaan Langat 2 dan penstrukturan air yang akan dilaksanakan pada masa sama. Ia terkandung dalam MoU," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Bangunan SUK di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang enggan menguatkuasakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) dalam usaha menyelesaikan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi industri air di negeri ini.

Menurut Abdul Khalid, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Dr Maximus untuk membincangkan mengenai sebab beliau enggan menguatkuasakan WSAI di kementerian itu pada Khamis.

"Saya akan minta kerajaan Persekutuan untuk menguatkuasakan WSAI. Malah setiausaha kerajaan negeri Selangor telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian mengenai langkah-langkah terperinci dari segi pelaksanaan Seksyen 114 itu," katanya.

Jelas beliau, dalam surat tersebut turut menyatakan dengan terperinci mengenai peranan kerajaan negeri, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) sekiranya WSAI dikuatkuasakan.

"Perbincangan itu turut bertujuan untuk memastikan pelaksanaan kerja-kerja ini selari dengan pelaksanaan pembangunan Langat 2 di samping masalah penstrukturan air dapat diselesaikan," katanya.

Abdul Khalid berkata, jika WSAI dikuatkuasakan, proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi industri air di negeri ini akan dimulakan dengan segera.

Tags / Kata Kunci: SPAN , Syabas , Selangor , Persekutuan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan