Indonesia Nafi Sembunyi Maklumat MH370

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 10:38 PM

kedutaan indonesia
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Indonesia menafikan negara republik itu menyembunyikan maklumat berkaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Dalam satu kenyataan Kedutaan Indonesia, ia mengecam sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang mendakwanya tidak mengeluarkan data radar MH370 yang didakwa diterbangkan melalui ruang udara negara itu.

"Indonesia menyuarakan bantahannya terhadap akhbar harian itu yang mengaitkan kepada satu artikel bertajuk 'MH370 Sembunyi di Pangkalan Amerika Syarikat di Diego Garcia? yang diterbitkan pada 17 Mac.

"Artikel itu menyebut spekulasi dalam portal Cabal Times yang mengaitkan Indonesia dalam gerakan rahsia global atau pakatan barat yang mempunyai agenda tertentu," kata Kedutaan itu dalam satu kenyataan.

Sambil menafikan spekulasi yang tidak berasas itu, Kedutaan berkata, ia adalah tidak benar yang bertujuan untuk menimbulkan kekeliruan.

"Artikel itu telah menyakiti perasaan ahli keluarga penumpang yang hilang, termasuk dari Indonesia," katanya.

Kedutaan menegaskan bahawa Indonesia merupakan antara negara yang pertama bertindak balas apabila pesawat Boeing 777-200 itu hilang pada 8 Mac.

"Indonesia telah menggunakan lapan kapal, tiga pesawat, dan juga kakitangan dari Angkatan Tentera Indonesia dan Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas )," katanya.

Ia berkata, Indonesia komited untuk membantu dengan semangat persaudaraan Asean dan hubungan yang sangat kuat dengan Malaysia.

"Indonesia akan terus memberi sokongan dan kerjasama dalam operasi mencari sehingga pesawat yang hilang ditemui, " katanya.

Indonesia menggesa semua pihak berhenti membuat spekulasi yang tidak bertanggungjawab, yang pada masa ini mengutamakan usaha mengesan pesawat itu.

 

 

 

 

Tags / Kata Kunci: kedutaan indonesia , MH370 , basarnas , cabal times

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan