Hishammuddin Hairan Disoal Wartawan Perancis Tentang Beliau Sepupu PM

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 1:10 AM

hishammuddin

Hishammuddin Tun Hussein.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: "Bolehkah anda mengesahkan bahawa anda adalah sepupu kepada Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)? Adakah anda dilindungi?" Soalan-soalan yang ditanyakan oleh seorang wartawan Perancis itu menghairankan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang selama ini telah menjawab pelbagai soalan yang sukar semasa sidang media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Hairan ditanyakan soalan itu, Hismmuddin bertanya kepada dari organisasi media mana wartawan itu sebelum beliau menjawab soalan.

"Ya, saya boleh mengesahkan bahawa Najib adalah sepupu saya, dan saya tidak tahu saya sepatutnya dilindungi daripada apa," kata Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan.

Soalan wartawan dan jawapan Hishammuddin itu mengundang gelak ketawa di kalangan pemberita di Hotel Sama-Sama di sini, Selasa.

Sejak MH370 menggunakan pesawat Boeing 777-200 hilang pada 8 Mac lalu, Hishammuddin mahir menangani pelbagai soalan daripada media dengan tenang.

Ramai memuji Menteri yang berusia 52 tahun itu kerana kemampuannya menangani pelbagai krisis dan menjawab soalan dengan baik.

 

 

 

 

Tags / Kata Kunci: hishammuddin , MH370 , najib

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan