Polis Nafi Dedah Maklumat Simulator Penerbangan Milik Juruterbang MH370

Diterbitkan: Selasa, 18 Mac 2014 10:01 PM

Simulator penerbangan milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang kini disiasat polis berhubung kehilangan pesawat MH370.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menafikan anggotanya mengeluarkan maklumat kepada sebuah akhbar berbahasa Melayu berkaitan siasatan terhadap simulator penerbangan milik juruterbang Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Akhbar harian berbahasa Melayu itu melaporkan bahawa simulato rpenerbangan itu mengandungi lima landasan pendaratan di koridor utara dan selatan dalam misi operasi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.

Lokasi itu masing-masing satu di Sri Lanka, Maldives, Diego Garcia dan dua di India.

Memetik sumber, akhbar harian itu turut melaporkan bahawa setiap lokasi pendaratan itu mempunyai landasan sepanjang kira-kira 1,000 meter.

Mengulas mengenai laporan itu, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata, polis tidak pernah mengeluarkan pernyataan itu, baik dalam kapasiti rasmi mahupun tanpa nama.

"Kita tidak boleh mendedahkan maklumat kerana belum ada yang dimuktamadkan lagi.

"Simulator penerbangan itu sedang disiasat oleh pasukan khas tugas Bukit Aman," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Asmawati berkata, polis akan meneliti dari aspek semua sudut yang mungkin dalam penyiasatan mereka.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan