MH370: Keluarga Penumpang Dari China Ugut Mogok Lapar

Diterbitkan: Selasa, 18 Mac 2014 4:50 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Ahli keluarga penumpang MH370 pada Selasa mengugut akan melancarkan mogok lapar sehingga mereka dimaklumkan tentang di manakah hilangnya pesawat itu.

"Sekarang kami masih menunggu berita dan semua orang risau tentang masa depan ahli keluarga masing-masing di atas pesawat tersebut. Kami akan ke pejabat Kedutaan Malaysia di sini untuk berjumpa dengan duta besar dan menuntut jawapan daripadanya," kata Wen Wancheng, yang mana anaknya merupakan salah seorang penumpang pesawat malang itu.

Wen berkata, ahli keluarga mangsa kecewa kerana pihak kedutaan tidak datang untuk bertemu mereka.

Menurut Wen, pihak Penerbangan Malaysia (MAS) mengadakan pertemuan harian dengan wakil-wakil keluarga di sebuah hotel yang menempatkan mereka di sini.

"Kini yang terbaru saya sendiri mendengar mereka (ahli keluarga) menjerit untuk melancarkan mogok lapar," kata Wen yang berusia 63 tahun dan berasal dari wilayah Shandong.

Usaha mencari dan menyelamat telah memasuki hari ke-11 menjelang Selasa.

Dua pertiga daripada 239 penumpang pesawat yang hilang itu terdiri daripada warga China.

Sementara itu di luar bilik pertemuan antara pihak keluarga dan MAS, seorang wanita sambil memegang poster menjerit yang mereka akan melancarkan mogok lapar jika keadaan tidak berubah.

Wanita itu enggan memberikan namanya apabila ditanya oleh wartawan agensi berita AFP.

Wanita tersebut membuat kesimpulan yang pihak berkuasa Malaysia menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan ahli keluarga penumpang pesawat itu.

Dalam pada itu, Wen memberitahu yang sudah ada ahli keluarga yang enggan menghadiri pertemuan harian dengan MAS.

Tags / Kata Kunci: MH370 , China , AFP

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan