India Sahkan Lima Warganya Dalam MH370 Mempunyai Rekod Bersih

Diterbitkan: Selasa, 18 Mac 2014 3:16 PM

tentera laut india
(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Pegawai risikan India mengesahkan lima warganegara India antara penumpang pesawat Malaysia yang hilang, mempunyai rekod bersih, menurut laporan agensi berita Press Trust of India memetik kenyataan pegawai polis tidak dinamakan.

Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS, membawa 239 orang, hilang daripada skrin radar pada 8 Mac, sejam setelah berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke Beijing. 

Senarai penumpang pesawat itu ialah 154 warga China, 38 warga Malaysia, Indonesia (tujuh), Australia (enam), India (lima), Amerika (empat) dan Kanada (dua). 

Warganegara India itu ialah Chetna Kolekar, 55, Swanand Kolekar, 23, dan Vinod Kolekar, 59, daripada satu keluarga, Chandrika Sharma, 51, dan Kranti Shirsatha, 44, menurut laporan itu.

Berikutan maklumat bahawa sistem komunikasi dan alat transponder dalam pesawat hilang itu sengaja dimatikan sebelum pesawat itu melencong daripada laluannya, polis menumpukan siasatan mereka ke atas anak kapal, penumpang dan petugas di lapangan dan turut menyiasat latar belakang semua penumpang pesawat itu.


Tags / Kata Kunci: India , Malaysia Airlines , MH370

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan