Festival Muzik: Mangsa Ambil Dadah Tiruan Baharu

Diterbitkan: Selasa, 18 Mac 2014 10:51 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Dadah jenis 'methamphetamine' yang diambil enam mangsa maut semasa konsert Future Music Festival Asia 2014 dipercayai tiruan dan belum berada dalam pasaran tempatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dadah berkenaan turut dipercayai diseludup daripada negara jiran.

"Hasil siasatan awal pihak polis mendapati bahawa kesemua mereka itu mengambil dadah tiruan jenis baharu yang belum ada di pasaran negara ini.

"Kita percaya ia dijual antara harga RM20 hingga RM50 sebiji," katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama warga Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Taman Kajang Baru di sini, Selasa malam.

Sebelum ini dilaporkan bahawa enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas ketika menghadiri konsert FMFA di Stadium Bukit Jalil minggu lalu.

Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan