MH370: Zaharie Ada Kaitan Dengan Menantu Saya - Anwar

Diterbitkan: Selasa, 18 Mac 2014 6:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengaku bahawa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai kaitan dengan menantunya.

"Saya tidak menafikan bahawa dia (Zaharie ) mempunyai kaitan dengan salah seorang daripada menantu saya dan saya pernah bertemu dengannya beberapa kali. Malah, dia juga merupakan rakan kepada R. Sivarasa (Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ahli Parlimen Subang) seperti yang kita katakan sebelum ini," katanya Anwar ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.

"Bagaimanapun, untuk mempolitikkan perkara itu bukan perkara betul. Kita harus menghormati keluarganya dan berdoa untuk mereka tanpa membuat sebarang dakwaan sehingga siasatan selesai," jelasnya.

Anwar turut mengaku bahawa Zaharie merupakan penyokong tegar pembangkang dab beliau pernah menemui juruterbang itu beberapa kali dalam majlis parti.

"Saya bukan jenis yang menyembunyikan diri daripada bertemu dengan orang ramai, Saya pernah bertemunya sekali dua tetapi tidak ingat berapa kali sebenarnya," tambah beliau.

Anwar selain itu turut mengecam blogger yang didakwanya pro-Umno kerana dikatakan cuba mencemari reputasi Zaharie walaupun ramai berpendat bahawa juruterbang itu seorang yang baik dan memperjuangkan keadilan.

Ketika diminta mengulas mengenai spekulasi kemungkinan Zaharie telah 'membunuh diri' berikutan hukuman yang dijatuhkan terhadap beliau sebelum ini, anwar memberitahu, ia perkara yang tidak logik kerana ramai lagi yang tidak berpuas hati dengan hukuman berkenaan.

"Saya percaya, sebanyak 90 peratus pemandu teksi yang menyokong saya juga tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Tetapi mereka tidak membuat rampasan teksi ketika ke Kajang," Anwar berseloroh.

Sebelum ini, Anwar dipetik oleh Akhbar South China Morning Post sebagai berkata " Saya tidak ingat nama ( Zaharie ), tetapi apabila gambarnya ditunjukkan, saya teringat pernah melihat dia dalam mesyuarat parti."

Katanya, tiada hubungan peribadi antara dirinya dengan Zahrie tetapi juruterbang terbabit merupakan salah seorang daripada pengikut Tweeternya.

Satu laporan Daily Mail pula pada Ahad telah mengaitkan Zaharie dengan penasihat PKR itu.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahiim , PKR , MH370 , MAS

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan