Taman Negara Kuala Tahan Pusat Memerhati Burung Kedua Negara

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 8:01 PM

Blue-throated Bee-eater

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut akan dijadikan pusat memerhati burung kedua di Pahang selepas Bukit Fraser, dalam usaha menambah produk eko pelancongan di negeri ini.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Edros Yahya berkata, terdapat 479 spesies burung yang telah dikenal pasti hidup di Taman Negara termasuk tujuh daripadanya spesies burung dari luar negara.

"Tujuh spesies burung hijrah dari luar negara seperti Bangau Kendi (Cattle Egrets), Lang Baza (Black Baza) dan Berek-berek Tadah Hujan (Blue-throated Bee-eater).

"Burung tersebut dikatakan berasal dari negara utara yang beriklim sejuk dalam perjalanan ke Selatan dan singgah di sini ketika bulan September hingga Disember sebelum pulang semula ke negara asal untuk bertelur," katanya kepada para pemberita selepas menutup majlis 'Taman Negara Bird Count' anjuran Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang (PPPTMP) di sini, Isnin.

Majlis yang disertai 133 peserta dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka, Shah Alam, Seremban dan Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan itu turut dihadiri Penguasa Taman Negara Abu Zahrim Ismail serta Pengerusi PPPTMP, Abdul Jalil Abdul Rahman.

Idros yakin taman negara itu mampu menjadi destinasi popular di kalangan peminat burung kerana spesies yang terdapat di situ berlainan daripada spesies yang ada di Bukit Fraser.

Sehubungan itu, katanya, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Pahang akan mengadakan aktiviti memerhati burung peringkat antarabangsa yang pertama di taman negara itu pada 26 Sept depan bersempena sambutan 75 tahun Taman Negara Kuala Tahan.

Dalam masa sama beliau turut menggesa pemandu pelancongan di Taman Negara supaya meningkatkan pengetahuan tentang spesies burung yang ada di situ sebagai persediaan untuk menghadapi kedatangan pelancong yang semakin bertambah.

Taman Negara Kuala Tahan sebelum ini cukup dikenali dengan keunikan hutan hujan tropika berusia lebih 130 juta tahun selain keindahan sungai, gunung, flora, fauna dan kepelbagaian biodiversiti.


iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan