PRK Balingian: PKR Yakin Beri Saingan Walaupun Calon Pernah Tewas

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 1:45 PM

Abdul Jalil Bujang

Abdul Jalil Bujang. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

MUKAH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin memberi saingan sengit bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Balingian walaupun calonnya Abdul Jalil Bujang pernah tewas dalam pilihan raya negeri sebelum ini.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keputusan parti meletakkan calon pernah kalah dan tidak menampilkan muka baharu kerana dalam proses demokrasi tiada yang mustahil.

"Kalah dalam pilihan raya lepas tidak semesti kalah dalam pilihan raya akan datang," katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon PRK Balingian di Dewan Suarah Mukah pada Isnin.

Abdul Jalil, 55, yang juga setiausaha PKR Bintulu dan seorang ahli perniagaan pernah bertanding bagi kerusi DUN Jepak melibatkan persaingan lima penjuru pada 2011 namun tewas kepada penyandang kerusi itu dari Barisan Nasional (BN), Datuk Talip Zulpilip, yang merupakan Menteri Muda Pelancongan Sarawak.

Sebaliknya BN menampilkan muka baharu iaitu bekas Pegawai Daerah Dalat Yossibnosh Balo, 48, sebagai calon bagi PRK Balingian.

Dalam pilihan raya negeri 2011, bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengekalkan kerusi Balingian dengan mengalahkan Suriati Abdullah (PKR) dan Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) dengan majoriti 5,154 undi. 

Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar, dengan Melanau/Melayu merupakan kumpulan majoriti iaitu sebanyak 7,705 orang atau 57.65 peratus, Iban 3,875 (28.99 peratus), Cina 1,683 (12.59 peratus), Orang Ulu 29 (0.22 peratus) Bidayuh 19 (0.14 peratus) dan kaum lain 55 (0.41 peratus).

Tags / Kata Kunci: PRK Balingian , PKR , Azmin Ali , Abdul Jalil Bujang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan