Juruterbang Diajar Mendarat Atas Air, Tetapi Bukan Mudah

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 11:13 AM

Keadaan pesawat yang pernah mendarat di atas permukaan air.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiap juruterbang telah dilatih untuk melakukan pendaratan kecemasan di atas air tetapi tugas tersebut adalah sukar dan memerlukan banyak latihan.

Seorang tenaga pengajar juruterbang yang enggan dikenali berkata, semua juruterbang telah dilatih untuk melakukan pendaratan di air melalui simulator tetapi masih mempunyai prosedur yang perlu diikuti.

"Juruterbang perlu cuba mendarat di permukaan tidak rata dengan meminimumkan kerosakan pada pesawat.

"Ia bukan tugas yang mudah walaupun bagi juruterbang terbaik," katanya yang mempunyai pengalaman selama 23 tahun sebagai tenaga pengajar.

Jelasnya, pesawat mampu mendarat di mana-mana kawasan yang mempunyai permukaan rata dan keras.

"Jika mendarat atas Air, lebih baik mendarat di permukaan air yang tenang, malangnya kita tidak boleh membuat pilihan," katanya.

Menurutnya, juruterbang mempunyai amalan untuk mendarat di mana-mana sahaja jika pesawat berada dalam keadaan tidak terkawal seperti berlakunya kebakaran.

"Walaupun perlu mendarat di atas lebuh raya, juruterbang akan melakukannya untuk mengurangkan risiko," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , Aviation

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan