Pakatan Rakyat Sanggup Ganti 239 Penumpang MH370 Jadi Tebusan Jika Pesawat Dirampas

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 4:10 PM

Mahfuz Omar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Rakyat sanggup menggantikan seramai 239 penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai tebusan sekiranya pesawat itu memang dirampas.

Ketika ditemui di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pokok Sena (PAS), Datuk Mahfuz Omar berkata jika pesawat itu dirampas, pastinya wujud perbincangan sekarang.

"Apa yang kami bimbangkan adalah keselamatan penumpang. Saya sanggup menggantikan tempat penumpang dan menjadi salah seorang tebusan jika perlu," katanya.

Mahfuz kemudiannya mengesahkan tawaran itu turut melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Ketika sesi perbahasan, Mahfuz menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menjelaskan persoalan yang masih belum terjawab berhubung misteri kehilangan pesawat itu.

"Tidak menjadi masalah Parlimen menolak usul saya untuk membincangkan isu ini tetapi Perdana Menteri atau pemangku Menteri Pengangkutan perlu tampil dan memberikan penjelasan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mahfuz Omar , MH370 , MAS , PAS

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan