Gadis Maut, Rakan Lelaki Parah Kemalangan

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 1:05 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang perempuan maut manakala rakan lelakinya mengalami kecederaan parah selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 336.6 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Tapah awal pagi Ahad.

Dalam kemalangan pada pukul 2.30 pagi itu, Yi Qian, 22, yang merupakan penumpang kenderaan tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Somsak Din Keliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta yang dipandu lelaki yang belum diketahui identiti itu hilang kawalan.

"Selepas hilang kawalan, kereta tersebut telah merempuh belakang sebuah treler yang sedang bergerak sehingga menyebabkan mangsa tersepit.

"Yi Quan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang maut di tempat kejadian manakala lelaki terbabit yang juga pemandu mengalami kecederaan parah di kapala dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Jelas beliau, Siasatan awal mendapati pemandu kereta itu mungkin berada dalam keadaan letih dan mengantuk sehingga menyebabkan dia hilang kawalan.

Bagaimanapun menurutnya, pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya terkejut dengan insiden tersebut.

Tags / Kata Kunci: Tapah , Kemalangan Maut , Ipoh , Polis

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan