MAS Beri Pilihan Kepada Keluarga Penumpang Pesawat Hilang Di China - Berita Semasa | mStar

MAS Beri Pilihan Kepada Keluarga Penumpang Pesawat Hilang Di China

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 12:02 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Malaysia Airlines (MAS) memberi tiga pilihan kepada keluarga penumpang pesawat MH370 di China.

Pilihan itu ialah mereka boleh terus tinggal di Beijing, yang kedua MAS akan menanggung kos pengangkutan dari Beijing ke rumah mereka dan ketiga, mereka masih boleh terbang ke Malaysia untuk mendapatkan perkembangan semasa yang berlaku tentang kehilangan pesawat itu sejak 8 Mac lalu.

Perkara itu diberitahu seorang pegawai kanan pentadbiran MAS, Ignatious Ong Ming Choy kepada media Malaysia di sini pada Ahad.

Beliau berkata MAS akan menguruskan soal hotel kepada keluarga berkenaan yang mahu ke Kuala Lumpur.

"Kami akan memaklumkan kepada mereka persiapan seterusnya," katanya dan menambah sesetengah anggota keluarga yang telah berada di Kuala Lumpur mengambil keputusan kembali ke China kerana merasakan tiada makna mereka terus menunggu.

Satu keluarga dari wilayah Xinjiang yang berada di sini berkata mereka akan terus menunggu di Beijing.

Ong berkata taklimat mengenai operasi mencari dan menyelamat kini hanya akan disalurkan melalui saluran berita yang betul kerana kes kehilangan pesawat sedang disiasat.
Tags / Kata Kunci: beijing , china , mh370 , mas
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan