Malaysia Tidak Akan Sembunyikan Maklumat Mengenai MH370

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 8:56 PM

Hishammuddin menunjukkan lokasi pencarian pesawat MH370 yang hilang pada sidang media berhubung pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama, Sepang pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Isnin menafikan dakwaan bahawa Malaysia menyembunyikan maklumat mengenai pergerakan penerbangan MH370.

"Bagi para keluarga, saya faham setiap hari perasaan semakin terseksa. Saya faham kerana Malaysia juga kehilangan 'anak-anaknya'. Ada 50 rakyat Malaysia dalam pesawat itu.

"Keutamaan kami pada sepanjang masa ialah mencari pesawat itu. Kami tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat yang dapat membantu. Akan tetapi kami juga mempunyai tanggungjawab untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat sehingga disahkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa," katanya dalam sidang media, di sini.

Katanya tanggungjawab itu bukan sahaja terhadap keluarga dan pasukan penyiasat, tetapi juga operasi mencari dan menyelamat kerana adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab untuk mengerahkan sejumlah besar aset hanya berasaskan maklumat yang tidak sah dan sahih.

"Sebaik sahaja wujud kemungkinan pesawat berpatah balik ke Selat Melaka, kami memperluas pencarian ke kawasan itu.

"Saya ingin mengulangi kenyataan pasukan penyiasat AS (Amerika Syarikat) berhubung keputusan itu: 'berasaskan maklumat dan data yang diberi oleh pihak berkuasa Malaysia, pasukan AS berpandangan ada asas untuk pihak berkuasa Malaysia mengerahkan aset melakukan pencarian di sebelah barat Semenanjung Malaysia'," katanya.

Hishammuddin berkata sebaik sahaja mereka mengesahkan dengan sahih maklumat terbaharu daripada satelit berhubung lokasi terakhir pesawat yang diketahui, mereka menyusun semula usaha pencarian di koridor utara dan selatan seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam tempoh 48 jam yang lalu, beliau berkata Malaysia mengusahakan keperluan diplomatik, teknikal dan logistik berhubung pencarian MH370 dan terus mengetuai penyelarasan keseluruhan usaha mencari itu.

Beliau berkata bilangan negara yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat itu telah bertambah kepada 26 negara.

 "Dalam tempoh 24 jam yang lalu Perdana Menteri telah berhubung dengan Perdana Menteri Australia (Tony Abbott) dan Perdana Menteri China (Le Keqiang). 

Kementerian Luar Malaysia telah menghantar nota diplomatik kepada semua negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

"Ini meliputi dua kumpulan, pertama negara-negara di koridor pencarian dan kedua, negara yang kita dapatkan bantuan serta kepakaran," kata Hishammuddin.

Bagi negara di kedua-dua koridor pencarian, Hishammuddin berkata Malaysia meminta maklumat radar dan satelit serta aset-aset khusus bagi operasi mencari dan menyelamat.

"Kita meminta mereka berkongsi pelan tindakan mencari dan menyelamat meliputi udara, laut dan darat dengan Pusat Koordinasi Menyelamat di Malaysia supaya kita boleh menyelaraskan usaha mencari.

 "Kita meminta agar dimaklumkan perkembangan terkini termasuk laporan harian mengenai kedua-dua aktiviti pencarian dan perincian sebarang maklumat yang diperlukan oleh Malaysia," katanya.

Sebagai pihak berkuasa penyelaras, Malaysia mengumpulkan semua maklumat sebagai sebahagian daripada operasi mencari dan menyelamat serta tidak boleh mendedahkan maklumat daripada negara-negara tertentu.

Hishammuddin berkata operasi mencari dan menyelamat di koridor utara dan selatan sudah bermula, melibatkan inisiatif awal Malaysia, Australia, China, Indonesia dan Kazakhstan.

"Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia sudah mengerahkan aset ke koridor selatan. Dua kapal dikerahkan iaitu kapal peronda luar pesisir KD Kelantan dan KD Selangor. Kerahan ini turut melibatkan helikopter Super Lynx yang boleh beroperasi dari kedua-dua kapal.

"Australia mengerahkan pesawat P-3 Orion ke Kepulauan Cocos dan Krismas. Hari ini Perdana Menteri Australia mengesahkan Australia akan menghantar tambahan dua lagi pesawat P-3 Orion dan sebuah C-130 Hercules. Pesawat P-8 Poseidon AS akan terbang ke Perth hari ini bagi membantu pencarian," katanya.

Beliau berkata semalam, pakar dari Jabatan Penerbangan Awam China menyertai pasukan penyiasat manakala pegawai dari Pejabat Siasatan dan Analisis untuk Keselamatan Penerbangan Awam Perancis pula pada Isnin.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac lepas. 

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. 

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan