KWSP Semak Semula Senarai Dana Unit Amanah Bagi 2014/2015

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 8:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Isnin mengumumkan senarai Institusi Pengurusan Dana (IPD) dan dana unit amanah yang disemak semula bagi tahun 2014/2015 untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA-KWSP).

Senarai itu berkuat kuasa 1 April 2014 hingga 31 Mac 2015.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Mohamad Nasir Ab Latif berkata skim itu membenarkan ahli menggunakan sebahagian simpanan mereka dalam Akaun 1 untuk melabur dalam dana unit amanah yang diluluskan melalui IPD, di mana KWSP mengkaji semula senarai itu setiap tahun berdasarkan satu set kriteria penilaian yang menumpukan kepada prestasi konsisten setiap dana seperti yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. 

"Proses penilaian semula kelayakan dana tersebut dijalankan bersama Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia yang mewakili industri unit amanah," katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Nasir berkata bagi tempoh 2014/2015, 224 dana unit amanah daripada 24 IPD layak ditawarkan di bawah SPA-KWSP berbanding 210 daripada 25 IPD setakat 31 Disember 2013. 

Sehingga 31 Dis 2013, seramai 744,139 ahli telah menyertai skim ini dengan jumlah bersih RM29.48 bilion dilaburkan dengan IPD yang diluluskan, katanya. 

Senarai dana boleh didapati di laman web, http://www.kwsp.gov.my/portal/en/web/kwsp/member/members-savings-investment-withd 
Tags / Kata Kunci: KWSP , SPA-KWSP , IPD

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan