KLIA2 Dibuka 2 Mei, Keretakan Kecil Turapan Perlu Diperbaiki - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 9:17 AM

KLIA2

KLIA2 yang dijadualkan dibuka pada 2 Mei 2014.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perunding bebas, Ikram Premier Consulting (IPC) mendapati Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selamat digunakan dan boleh dibuka mengikut jadual pada 2 Mei ini.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, laporan awal IPC mengesyorkan supaya keretakan kecil pada apron dan laluan teksi perlu diperbaiki mengikut garis panduan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Beliau berkata laporan IPC itu, yang memberi tumpuan khusus kepada aspek keselamatan di laluan teksi, apron, landasan dan kawasan persekitaran lain, menyatakan tiada tanda-tanda keretakan pada landasan namun terdapat keretakan kecil pada apron dan laluan teksi.

Laporan perunding itu juga mengesahkan struktur bangunan KLIA2 dalam keadaan baik walaupun terdapat sedikit keretakan di beberapa bahagian struktur bangunan yang perlu diambil tindakan segera. 

"Bagi kawasan persekitaran pula, didapati beberapa kawasan mengalami mendapan dan ia perlu diperbaiki meskipun tidak mendatangkan kesan keselamatan kepada pengguna," katanya dalam kenyataan di sini. 

Hishammuddin berkata, laporan penilaian itu dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada Jumaat lepas, yang kemudian memutuskan supaya laporan itu perlu dikongsi dengan syarikat-syarikat penerbangan yang bakal beroperasi di KLIA2. 

"Justeru, saya mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) supaya memanggil semua pihak berkepentingan khususnya syarikat-syarikat penerbangan ini untuk mengadakan perbincangan dengan pihak perunding bebas dalam masa terdekat," katanya.

Pada masa sama, katanya, Jemaah Menteri juga mengambil maklum bahawa fasa kedua penilaian pihak perunding bebas akan dijalankan pada 14 April ini iaitu tiga minggu sebelum pembukaan KLIA2 bagi memastikan aspek keselamatan di landasan, taxiway (laluan teksi) dan apron parkir dipertingkatkan.

Hishammuddin juga berkata, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang diketuai Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengadakan lawatan ke KLIA2 pada Khamis lepas bagi memantau kesediaan terminal itu sebelum beroperasi pada 2 Mei ini.

"Ujian Operational Readiness and Airport Transfer (Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang) (ORAT) juga sedang dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.

"Saya selaku menteri yang bertanggungjawab berhubung perkara ini, akan berusaha sehabis baik bagi memastikan aspek keselamatan di KLIA2 sentiasa terjamin dan menjadi keutamaan semua pihak," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan