MH370: Jangan Rumitkan Siasatan Dengan Sebarkan Spekulasi

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 4:34 PM

Shamsul Anuar Nasarah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta bersikap lebih sensitif dan mengelak daripada menyebar spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang boleh merumitkan lagi usaha mengesan pesawat. 

Menggesa demikian, seorang anggota Parlimen Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata terdapat dalam kalangan rakyat negara ini yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk kononnya ada konspirasi terancang kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kehilangan MH370. 

"Malah setiap kali berlaku (sesuatu kejadian), ada yang menyalahkan kerajaan. UMNO dan BN sering menjadi sasaran. Sedangkan kita sepatutnya bersikap lebih sensitif mengelak daripada menyebarkan spekulasi yang boleh merosakkan keadaan. 

Shamsul (BN-Lenggong) berucap pada sidang Dewan Rakyat di sini Isnin, membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja. 

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac. 

Shamsul berkata beliau kesal apabila terdapat pihak yang tergamak mengejek serta menjadikan insiden itu sebagai bahan jenaka selain merendah-rendahkan usaha mencari dan menyelamat (SAR). 

Jelasnya, semua pihak sepatutnya menghadapi krisis secara bersama kerana perkara tersebut melibatkan soal nyawa manusia dan kedaulatan negara. 

"Rasanya tidak pernah dalam sejarah Malaysia ada peristiwa besar berlaku yang menyebabkan media antarabangsa membuat laporan tanpa henti dan bertubi-tubi," katanya. 

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , SAR , BN-Lenggong

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan