Pembantu Juruterbang MH370 Fariq Rancang Kahwin Juruterbang AirAsia

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 9:43 AM

Fariq

Pembantu juruterbang pesawat MH370 yang hilang, Fariq Abdul Hamid.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Fariq Abdul Hamid yang merupakan pembantu juruterbang pesawat MH370 yang hilang, merancang untuk berkahwin dengan seorang jurterabang AirAsia.

Menurut satu laporan akhbar Daily Express yang berpangkalan di Sabah berkata, Kapten Nadira Ramli, 26, yang bertugas di AirAsia, merupakan anak perempuan kepada seorang juruterbang kanan Malaysia Airlines (MAS).

Beliau kini bersama dengan ibu Fariq di sebuah hotel yang tidak didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur.

Akhbar Daily Express dan beberapa portal berita mendakwa bahawa Nadira tdiberi cuti sebulan bagi membolehkan beliau mengharungi kesedihannya di atas kehilangan teman lelaki yang berusia 27 tahun bersama dengan 11 anak kapal lain dan 227 penumpang dalam pesawat MH370.

Kedua-dua mereka pernah belajar di sekolah juruterbang di Langkawi dan telah mengenali antara satu sama lain selama sembilan tahun.

Akhbar itu menambah bahawa Nadira merupakan anak bongsu kepada Kapten Ramli Ibrahim dan Nancy Jipanis yang berada di Penampang, Sabah.

Akhbar harian itu memetik seorang saudara di Kota Kinabalu sebagai berkata bahawa Nadira begitu tenang, yang dilihat memberi kekuatan kepada ibu Fariq ketika ini.

Nancy dan suaminya dilaporkan kecewa dengan akhbar dan media sosial yang mencetuskan "pelbagai cerita" mengenai pesawat MH370 yang hilang.

Akhbar Harian itu berkata, Fariq, yang merupakan anak bongsu kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri Selangor, Abdul Hamid Mad Daud, berhasrat untuk berkahwin Nadira tidak lama lagi.

Akhbar tempatan di sini cuba untuk menemubual bapa saudara Fariq, Aziz Daud, 47, di rumahnya di Bunut Susu, Pasir Mas, pada Ahad tetapi ditolak secara baik.

Beliau telah dinasihatkan oleh MAS dan Kementerian yang berkaitan untuk tidak bercakap kepada media, kata Aziz.

Bagaimanapun, sepupu Fariq yang enggan namanya disiarkan, berkata juruterbang itu tidak pernah bersekolah di Kelantan kerana beliau dibesarkan di Kuala Lumpur.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan