'All Right, Good Night' Disahkan Suara Pembantu Juruterbang - Berita Semasa | mStar

'All Right, Good Night' Disahkan Suara Pembantu Juruterbang

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 6:40 PM

Pembantu juruterbang MH370, Fariq Ab Hamid.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dipercayai suara pembantu juruterbang.

"Siasatan awal menunjukkan kata-kata terakhir itu merupakan suara pembantu juruterbang," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media, Isnin.

Kata-kata akhir dari kokpit - 'All right, good night' - didengari selepas salah satu sistem isyarat penting dalam pesawat tersebut dimatikan secara manual.

Beberapa pegawai sebelum ini memberitahu, kata-kata terakhir itu datang pada satu tempoh masa apabila salah satu data sistem komunikasi pesawat tersebut sudah dimatikan.

Masa kata-kata terakhir itu menguatkan lagi rasa sangsi terhadap salah seorang juruterbang yang mungkin terlibat dalam misteri kehilangan pesawat itu.




   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan