Anwar Tidak Kenal Kapten MH370 - Wan Azizah

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 2:09 PM

Wan Azizah (kiri) ditemani Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (tengah) ketika membuat lawatan ke MPKj pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak sebarang cubaan untuk mengaitkan misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas Wan Azizah, sokongan politik juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tiada kaitan dengan kehilangan pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

"Tak ada kaitan kalau nak dikaitkan (keahlian PKR)," katanya pada sidang media selepas mengadakan kunjungan ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sini, Isnin.

Selain itu tegas Wan Azizah yang juga Presiden PKR, beliau amat yakin bahawa Anwar tidak mengenali Zaharie secara peribadi.

"Saya musykil kenapa semua nak salahkan Anwar?" soal Azizah dalam nada kecewa dengan laporan media antarabangsa yang menjadi perhatian umum sejak Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan The Mail bahawa Zaharie merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang.

Menurut laporan tersebut, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan kes liwat Anwar yang berakhir dengan pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Zaharie turut disahkan sebagai ahli seumur hidup PKR Cabang Subang.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa pakatan pembangkang cuba mempolitikkan isu kehilangan MH370 yang masuk hari kesepuluh, Wan Azizah menyangkal dakwaan tersebut.

"Kita hanya persoalkan mengenai bagaimana kerajaan menangani isu ini.  Mana-mana kerajaan mesti berada dalam keadaan bersiap siaga untuk krisis udara.

"Kalau banjir, isu tanah semua ada (persediaan)...tapi tak ada pula krisis berkaitan udara. Kita tak mempolitikkan," katanya.

Tags / Kata Kunci: PRK Kajang , MPKj , Wan Azizah , PKR

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan