Anak Saya Tak Buat Salah, Kata Bapa Jurutera Penerbangan

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 3:24 PM

Selamat Omar

Selamat Omar. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bapa kepada jurutera penerbangan Mohd Khairul Amri Selamat, yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, menafikan kemungkinan bahawa anaknya mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat.

Selamat Omar, 60, berasa terganggu apabila soalan itu diajukan kepadanya, dan secara terbuka berkata: "anak saya tak buat salah". 

"Tiada pihak berkuasa menghubungi saya mengatakan bahawa mereka akan pergi ke rumah anak lelaki saya.

"Malah kalau mereka lakukan sekalipun, kita tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan. Mereka boleh datang ke rumah sekiranya perlu," katanya.

Ditanya sekiranya dia tahu di mana anak lelakinya bekerja, Selamat berkata, Mohd Khairul bekerja dengan sebuah syarikat swasta tetapi tidak tahu namanya.

"Anak lelaki saya bekerja dengan syarikat penerbangan swasta, dan sering mengembara ke tempat-tempat seperti Sydney, India dan Amerika Syarikat untuk membaiki pesawat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan