PRK Balingian Dijangka Saksikan Pertandingan Satu Lawan Satu

Diterbitkan: Ahad, 16 Mac 2014 3:15 PM

Takun Sunggah

(Ubah saiz teks)

MUKAH: Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian, yang kosong berikutan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari, dijangka menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perjalanan pilihan raya kecil ini akan bermula esok dengan proses penamaan calon bagi mereka yang akan bertanding di kawasan majoriti suku kaum Melanau itu.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak, Datuk Takun Sunggah berkata, tempoh penamaan calon adalah dari pukul 9 hingga 10 pagi dan calon yang ingin mengemukakan borang pencalonan dinasihati membawa bersama wang pertaruhan RM5,000, seorang pencadang dan seorang penyokong.

"Kami menjangka semua urusan esok (Isnin) berjalan lancar dan berharap calon yang akan bertanding bagi kerusi ini dapat diumumkan sejurus selepas berakhirnya tempoh penamaan calon," katanya kepada Bernama pada Ahad.

Takun berkata, para penyokong calon dinasihati mematuhi arahan polis bagi mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Menteri Tugas-tugas Khas negeri, Tan Sri Adenan Satem telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima bagi menggantikan Abdul Taib.

Pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bekas Pegawai Daerah Dalat Yossibnosh Balo, 47 sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil itu.

Dalam pilihan raya negeri 2011, Abdul Taib mengekalkan kerusi Balingian dengan mengalahkan Suriati Abdullah (PKR) dan Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) dengan majoriti 5,154 undi. 

Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar, dengan Melanau/Melayu merupakan kumpulan majoriti iaitu sebanyak 7,705 orang atau 57.65 peratus, Iban 3,875 (28.99 peratus), Cina 1,683 (12.59 peratus), Orang Ulu 29 (0.22 peratus) Bidayuh 19 (0.14 peratus) dan kaum lain 55 (0.41 peratus).

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan