Modul Baru PBS Diumum Selasa ini - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 16 Mac 2014 6:10 PM

Muhyiddin bersalaman dengan guru-guru ketika hadir majlis Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 di Sekolah Tinggi Kajang, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang  sedang ditambah baik tidak akan membebankan golongan pendidik.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, modul baru sistem PBS yang akan diumumkan pada 18 Mac ini lebih mesra guru serta tanpa mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

"Saya sudah diberi taklimat dua kali. Saya puas hati kerana memang banyak penambahbaikkan yang dibuat.

"Kita potong banyak proses 'key in'. Tak payah masukkan banyak data lagi dah," katanya sambil disambut tepukan gemuruh golongan pendidik di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 di Sekolah Tinggi Kajang.

Sebelum ini Muhyiddin mengumumkan penangguhan PBS kerana Kementerian Pendidikan perlu mengkaji semula pelaksanaannya berikutan pelbagai masalah untuk merekod butiran pelajar dalam pangkalan data sistem berkenaan.

Muhyiddin dilaporkan berkata bahawa penangguhan sementara pelaksanaan PBS untuk dikaji semula adalah berikutan pelbagai aduan berkaitan kaedah dan masalah sistem pengkomputeran diterima daripada golongan guru.

Walaupun tidak memberikan penjelasan secara terpeinci mengenai penambahbaikan itu, Muhyiddin memberi gambaran bahawa guru-guru tidak lagi perlu memasukkan data secara dalam talian seperti sebelum ini.

"Lepas ini kalau nak simpan data hanya kena offline...simpan sendiri sahaja. Boleh begitu?

"Bukan lagi online...hanya simpan dalam data sendiri supaya apabila ibu bapa nak tahu tentang pencapaian anak, kita boleh tengok dalam data yang kita simpan itu.

"Ini datang dari cadangan dari guru sendiri. Mereka akui PBS adalah sistem yang baik. Cuma ia membebankan kerana banyak kerja perlu dilakukan. Harap lepas ini guru-guru akan rasa lega...boleh fokus kepada P&P," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan