Kenyataan Hishamuddin Berhubung Kehilangan MH370

Diterbitkan: Ahad, 16 Mac 2014 11:19 PM

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media berhubung pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama di Sepang, Ahad. Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) Ahmad Jauhari Yahya, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BERIKUT kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media hari ini berhubung usaha menjejak kehilangan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370, Ahad:

"Saya faham ramai daripada anda telah mengemukakan soalan dan saya akan cuba menjawab beberapa soalan menerusi kenyataan saya hari ini.

Setiap hari membuka lembaran baharu khususnya kerana tumpuan semula dan memperluaskan kawasan carian - dan seperti biasa, kami mempunyai tanggungjawab mengeluarkan maklumat yang telah disokong dan disahkan.

Kami tidak boleh memberi respons kepada setiap permintaan dengan segera...jadi saya minta anda bersabar dengan kami.

1. Kawasan Pencarian

"Seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri semalam, operasi telah memasuki fasa baharu. Usaha mencari menjadi semakin rumit melibatkan usaha multinasional. Ia kini menjadi lebih sukar. Kawasan carian diperluaskan secara ketara dan kaedah pencarian telah berubah. Tumpuan kepada laut cetek kini berubah kepada kawasan darat yang luas merentasi 11 buah negara serta kawasan lautan jauh dan kedalaman.

Bilangan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat telah bertambah daripada 14 kepada 25 negara di mana ini membawa cabaran baharu dari segi penyelarasan dan diplomasi. Ini menentukur semula ketara usaha pencarian ini. Operasi mencari dan menyelamat ini adalah usaha multinasional yang diterajui dan diselaraskan oleh Malaysia.

"Dalam tempoh 24 jam lepas, Perdana Menteri telah bercakap dengan Perdana Menteri Bangladesh, Presiden Turkmenistan, Presiden Kazakhstan dan Perdana Menteri India.

Semalam, Kementerian Luar Malaysia memberi taklimat kepada perwakilan daripada negara-negara di sepanjang koridor utara dan selatan dan setakat 
2 petang hari ini, Kementerian Luar telah memberi taklimat kepada perwakilan daripada 22 negara serta negara-negara lain yang mungkin membantu.

Ini termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyztan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Australia. 

Para pegawai Malaysia sedang memohon sokongan daripada negara-negara ini serta negara lain. Sokongan itu termasuk data satelit awam, radar - kedua-dua radar utama dan kecil, peruntukan untuk usaha carian di darat, laut dan udara serta aset yang bersesuaian.

"Kami kini berbincang dengan kesemua rakan cara terbaik untuk menghantar aset di sepanjang dua koridor carian. Setakat ini, kedua-dua koridor utara dan selatan diberi tumpuan dan kepentingan yang sama.

"Kami meminta negara-negara yang mempunyai satelit, aset antara lain Amerika Syarikat, China dan Perancis supaya menyediakan lagi data satelit. Selain itu, kami menghubungi negara-negara tambahan yang mungkin menyumbang aset tertentu berkaitan dengan operasi mencari dan menyelamat. Pesawat pemantauan dan kapal maritim diperlukan terutama bagi koridor selatan."

2. Siasatan Polis

Seperti Perdana Menteri menyatakan semalam, sehingga masa pesawat itu meninggalkan liputan radar tentera, pergerakan pesawat itu konsisten dengan tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat itu.

"Saya tidak boleh mengulas mengenai teori-teori spekulatif tentang apa yang mungkin telah menyebabkan lencongan daripada laluan penerbangan asal kerana saya tidak mahu menjejaskan siasatan yang sedang berjalan.

"Saya memahami anda dahaga untuk maklumat baharu tetapi kami tidak mahu membuat kesimpulan dengan segera. Sebagai penghormatan kepada keluarga dan proses itu sendiri, kita mesti menunggu supaya penyiasatan diselesaikan.

"Pihak berkuasa Malaysia sedang menumpukan semula siasatan terhadap semua anak kapal dan penumpang MH370 serta petugas darat yang mengendalikan pesawat itu.

"Semalam, pegawai daripada Polis Diraja Malaysia telah mengunjungi rumah juruterbang. Mereka bercakap dengan ahli keluarga juruterbang dan pakar sedang memeriksa simulator milik juruterbang itu. Polis juga mengunjungi rumah pembantu juruterbang.

"Menurut Malaysia Airlines, juruterbang dan pembantu juruterbang tidak meminta supaya digandingkan dalam penerbangan itu. Saya ingin menegaskan bahawa Malaysia sedang bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang antarabangsa sejak hari pertama.

3. Penyelenggaraan Pesawat

Malaysia Airlines mengesahkan bahawa pesawat itu tertakluk kepada program penyelenggaraan yang disyaratkan: Dokumen Perancangan Penyelenggaraan Boeing. Pemeriksaan dilakukan mengikut program ini. Pesawat ini diselanggara dengan sepenuhnya dan layak untuk melakukan penerbangan.

4. Perkembangan Terbaru

Pasukan Inmarsat tiba semalam dan akan menyokong pasukan penyiasat termasuk pihak berkuasa Malaysia serta pasukan daripada United Kingdom dan Amerika Syarikat.

5. Ulasan Penutup:
Saya ingin membuat kesimpulan dengan mengulangi bahawa pencarian MH370 telah memasukan fasa baharu. Maklumat yang dikeluarkan semalam telah menyediakan petunjuk baharu dan memberi hala tuju baharu kepada proses pencarian.

"Kami akan menyediakan maklumat lanjut mengenai penugasan semula aset sebaik diperolehi. Fakta mesti disokong dan disahkan sebelum diumumkan. Apabila mungkin, kami akan memberi taklimat sepenuhnya kepada media tetapi keutamaan kami kekal untuk operasi mencari dan menyelamat.

"Untuk itu, kami telah terlibat dalam usaha-usaha diplomatik dan penyiasatan sejak 24 jam yang lepas."


iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan