Kapten Pesawat MH370 Seorang 'Aktivis Politik', Lapor The Mail

Diterbitkan: Ahad, 16 Mac 2014 10:57 AM

zaharie

Kapten Zaharie Ahmad Shah bersama simulator penerbangan buatan di rumahnya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dengan menumpukan kembali kepada anak-anak kapal dan penumpang dalam pesawat MH370 yang hilang, polis sedang menyiasat dengan lebih lanjut mengenai latar belakang kapten penerbangan itu.

The Mail pada Ahad difahamkan bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan penyokong 'obsesif ' kepada ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan itu, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar Ibrahim di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Sumber polis mengesahkan kepada akhbar harian itu bahawa Zaharie merupakan seorang aktivis politik yang lantang bersuara, dan bimbang sekiranya keputusan mahkamah itu akan membuatnya sedih.

Tujuh jam kemudian, beliau mengawal penerbangan Boeing 777-200 ke Beijing dan membawa 238 penumpang dan anak kapal.

Polis pada Sabtu melakukan pemeriksaan di rumah Zaharie di pinggir bandar Shah Alam dekat Kuala Lumpur, di mana beliau telah memasang satu simulator penerbangan buatan.

Tetapi akhbar harian ini boleh mendedahkan bahawa penyiasat telah menghabiskan masa pada minggu lepas bagi memeriksa dua komputer riba yang dikeluarkan dari rumah Zaharie ini. Satu daripadanya dipercayai mengandungi data dari simulator.

Mengesahkan mengenai kebimbangan yang timbul, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bahawa MH370 dengan sengaja diterbangkan dengan mengubah ke haluan lain mengemudi haluan selepas sistem komunikasi dimatikan.

Beliau berkata, ia menuju ke pantai barat Malaysia dan boleh diterbangkan selama jam tujuh lagi dengan simpanan bahan api.

Radar tentera menunjukkan pesawat itu terbang naik sehingga ke paras 45,000 kaki melebihi had perkhidmatan, yang kemungkinan usaha sengaja untuk mengejutkan penumpang dan anak kapal .

Serbuan di rumah Zaharie terhadap paparan teknikal itu selepas Perdana Menteri berkata siasatan sekarang adalah menumpukan anak-anak kapal dan penumpang sebagai petunjuk.

Tetapi penyiasat memberitahu The Mail pada Ahad bahawa persoalan mengenai latar belakang juruterbang sebenarnya bermula dari awal.

the mail
Laporan The Mail mengenai Kapten Zaharie.

Polis Malaysia , dibantu oleh ejen-ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dari Amerika Syarikat, menyiasat latar belakang politik dan agama kedua-dua Zaharie dan pembantu juruterbang beliau, Fariq Abdul Hamid. Rumah Zaharie telah ditutup selepas polis menghabiskan masa sejam melakukan pemeriksaan.

Bagaimanapun, sumber siasatan berkata bahawa dua komputer riba itu diambil daripada rumah itu dalam pemeriksaan yang tidak didedahkan oleh pihak polis lebih awal pada minggu lepas walaupun terdapat beberapa penafian oleh pegawai-pegawai bahawa rumahnya telah digeledah atau diserbu.

Satu komputer riba diambil dikatakan mengandungi data dari simulator penerbangan manakala yang kedua mengandungi sedikit maklumat.

Komputer riba peribadi Zaharie tidak dijumpai, dan dianggap telah dibawa bersama ke dalam kokpit pesawat, kata sumber itu.

Rakan sekerja Zaharie memberitahu penyiasat bahawa juruterbang itu merupakan aktivis sosial yang lantang bersuara dalam sokongannya terhadap Anwar.

"Rakan sekerja menyatakan dengan jelas kepada kita bahawa beliau adalah seseorang yang memegang kepercayaan politik yang kukuh dan merupakan lantang dalam menyokong Anwar Ibrahim," kata satu lagi sumber penyiasatan.

"Kami telah diberitahu oleh salah seorang rakan sekerjanya bahawa beliau begitu taksub dengan politik."


simulator 600
Simulator penerbangan buatan di rumah Kapten Zaharie.

Dalam satu temu bual, rakan sekerja berkata, Zaharie memberitahu mereka bahawa beliau merancang untuk menghadiri kes mahkamah yang melibatkan Anwar pada 7 Mac, hanya beberapa jam sebelum penerbangan ke Beijing, tetapi penyiasat masih belum dapat memastikan sama ada beliau merupakan di kalangan penyokong Anwar di mahkamah.

Zaharie dipercayai berpisah atau bercerai dengan isterinya walaupun mereka berkongsi rumah yang sama, berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mereka mempunyai tiga orang anak, tetapi tidak ada seorang ahli keluarganya berada di rumah kecuali pembantu rumah.

Pendedahan mengenai hubungan politik Zaharie adalah sangat sensitif di negara di mana taktik kotor politik berleluasa.

Salah satu daripada sumber siasatan berkata: "Kami sedang mengkaji teori berhubung kepercayaan politik Zaharie yang mungkin menjadi faktor. Terdapat sensitiviti yang besar di sekeliling tetapi kami tidak mampu untuk tidak meneruskan sebarang sudut yang menjadi perhatian kami."

Dalam pada itu, sumber polis lain memberitahu The Mail pada Ahad: "Saya boleh mengesahkan siasatan kami termasuk kecenderungan politik dan agama kedua-dua juruterbang." 

Zaharie menyertai Malaysia Airlines pada 1981. Beliau menjadi kapten kira-kira 10 tahun kemudian dan mencatat sehingga 18,360 jam masa penerbangan.


Tags / Kata Kunci: the mail , MH370 , Kapten Zaharie Ahmad Shah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan