Jangan Politikkan Kes Kehilangan MH370

Diterbitkan: Ahad, 16 Mac 2014 4:42 PM

Tan Sri Joseph Kurup

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu kehilangan pesawat MAS MH370 tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Katanya, sebaliknya rakyat harus bersatu tanpa mengira fahaman politik, agama dan keturunan untuk berdoa agar urusan mencari dan menyelamat pesawat itu dipermudah. 

"Di bawah Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) juga kami telah menganjurkan beberapa majlis doa yang disertai penganut pelbagai agama bagi tujuan tersebut," katanya pada majlis makan tengah hari sempena sambutan Hari Tao anjuran Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia di sini. 

Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan kru dalam penerbangan menuju Beijing dilaporkan hilang awal pagi 8 Mac lepas. 
Kurup berkata rakyat mesti sentiasa berwaspada terhadap unsur-unsur yang tidak bertanggungjawab yang mengancam keamanan, keharmonian, toleransi agama dan kestabilan politik. 

"Ini bermakna semua pihak termasuk institusi dan badan-badan agama perlu memainkan peranan dan tanggungjawab bersama bagi menentang perkara-perkara yang menggugat ketenteraman negara," katanya.
Tags / Kata Kunci: Tan Sri Joseph Kurup , mh370 , mas

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan