Jangan Politikkan Misteri Kehilangan MH370 - Zahid

Diterbitkan: Ahad, 16 Mac 2014 7:19 PM

Ahmad Zahid membincangkan sesuatu dengan calon BN bagi PRK Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun pada Majlis Sepetang bersama Rela Hulu Langat, Ahad. -foto THE STAR

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana ia melibatkan isu keselamatan negara.

Tegasnya, kerajaan perlu mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya tanpa mengambil kira latar belakang politik dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

"Kami tahu individu berkenaan mempunyai kaitan dengan parti politik tertentu dan pernah merakamkan gambar bersama Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa malah pernah memuat naik pandangannya yang menentang Umno dan Barisan Nasional (BN) di blog.

"Tapi kami tidak berminat untuk mempolitikkan insiden berkenaan. Kami amat rasional dan berharap rakyat Malaysia terus berdoa agar kita dapat menemui pesawat itu secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang bersama Rela Hulu Langat di sini, Ahad.

Beliau mengulas mengenai laporan <i>The Mail</i> bahawa Zaharie merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan tersebut, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar Ibrahim di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Zaharie turut disahkan sebagai ahli seumur hidup PKR Cabang Subang.

Sebelum ini Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam kenyataannya menggesa agar kerajaan tidak mengaitkan kehilangan MH370 dengan pembangkang atau mana-mana pemimpin mereka termasuk Anwar.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menafikan dakwaan kononnya Malaysia menghentikan bantuan Interpol dalam misi mencari pesawat MH370.

"Polis kita mempunyai hubungan yang baik dengan Interpol...kolaborasi yang kita jalin sudah lama. Isu seperti ini tidak seharusnya dibangkitkan.

"Pihak polis sedang menyiasat dari setiap sudut termasuk mendapatkan bukti daripada penumpang dan anak kapal," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan