MH370: Cabaran Besar Pencarian Di Lautan Hindi

Diterbitkan: Ahad, 16 Mac 2014 10:55 PM

Pasukan SAR dari Indonesia ketika menjalankan operasi di Lautan Hindi, berhampiran hujung Pulau Sumatera. -foto EPA

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Bahagian selatan Lautan Hindi, di mana penyiasat mengesyaki pesawat MH370 mungkin terhempas adalah salah satu tempat di mana pesawat komersil tersebut mungkin mengalami kemalangan tanpa dapat dikesan oleh mana-mana kapal, radar atau satelit.

Kawasan laut yang kosong dan terbentang luas itu adalah salah satu tempat yang paling terpencil dan paling dalam di dunia, memberi gambaran cabaran besar untuk usaha carian antarabangsa yang kini memberi tumpuan kepada kawasan itu, salah satu daripada beberapa kawasan kemungkinan berlakunya kemalangan MH370.

Australia yang mempunyai pulau di wilayah Lautan Hindi dan menghantar pesawat penyelamat dari semasa ke semasa juga sering berdepan masalah liputan radar di Lautan Hindi.

"Di kebanyakan kawasan Australia Barat dan hampir semua Lautan Hindi, hampir kesemuanya tidak ada liputan radar," kata satu sumber pihak berkuasa penerbangan awam Australia yang meminta supaya namanya tidak disiarkan.

"Apa-apa yang melebihi 100 kilometer di luar pesisir, anda tidak akan dapat melihatnya," katanya.

Lautan Hindi yang ketiga terbesar di dunia mempunyai kedalaman purata lebih dari 12,000 kaki atau dua batu (3.6km).

Ia lebih dalam dari Laut Atlantik di mana masa dua tahun diambil untuk mencari bangkai pesawat Air France di dasar laut yang hilang pada tahun 2009 walaupun serpihan terapung dapat dilihat dengan cepat di lokasi kemalangan.

Setakat ini, operasi mencari oleh tentera laut dan pesawat yang melibatkan lebih daripada 10 negara gagal untuk mencari MH370 yang hilang seminggu lalu selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing dan mengalihkan laluan penerbangan dari laluan asal.

Usaha carian telah menumpukan kepada Laut China Selatan tetapi kini beralih kepada Lautan Hindi selepas penyiasat, berdasarkan radar dan data pengesan satelit mula mengesyaki Boeing 777- 200ER telah secara sengaja terbang sejauh beratus atau mungkin beribu-ribu batu dari laluan sepatutnya.

Pencari masih berdepan pelbagai pengalaman menakutkan di lokasi kemungkinan terakhir untuk pesawat ini termasuk di hujung utara Lautan Hindi dan juga Asia Tengah, walaupun penyiasat mengatakan ia lebih cenderung telah terbang ke selatan daripada melalui ruang udara yang lebih sibuk di utara di mana ia mungkin dapat dikesan.

Dengan anggaran empat jam bahan api yang tinggal apabila ia kali terakhir dilihat oleh radar di luar pantai barat laut Malaysia, pesawat itu boleh terbang sejauh 2,200 batu (3,500 km) atau lebih dengan andaian pada ketinggian dan kelajuan pelayaran biasa.

Para pegawai berfikir, berdasarkan data yang ada, pesawat itu telah terbang ke selatan sehingga ia kehabisan bahan api dan terhempas ke dalam laut, menurut sumber yang rapat dengan Amerika yang menerima data penyiasatan itu.

Tags / Kata Kunci: lautan hindi , selatan , australia barat , mh370

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan