Andaian Mengenai Sabotaj Dan Rampasan MH370

Diterbitkan: Ahad, 16 Mac 2014 9:09 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengesahan bahawa seseorang di dalam pesawat MH370 telah sengaja mematikan sistem komunikasi pesawat sebelum ianya berubah arah telah menimbulkan beberapa teori mengenai kemungkinan yang berlaku kepada pesawat.

Laporan berita asing membuat spekulasi mengenai kemungkinan wujudnya beberapa senario termasuk sabotaj dan rampasan dengan sangkaan bahawa pesawat mendarat di beberapa lokasi yang tidak diketahui.

Sejak kehilangan pesawat itu, terdapat banyak andaian yang tidak putus-putus daripada pakar penerbangan yang cuba untuk membongkar misterinya.

Andaian awal termasuk peristiwa bencana yang mengejutkan seperti letupan di udara atau kegagalan peralatan besar atau struktur yang menyebabkan pesawat itu terhempas ke laut pada komunikasi terakhirnya.

AFP memetik seorang "pegawai kanan tentera" Malaysia sebagai berkata bahawa MH370 sengaja mengubah arah ke Lautan Hindi oleh seseorang yang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan penerbangan dan kedudukan radar.

"Ia perlu memerlukan kecekapan dan kemahiran, dan seorang juruterbang," kata pegawai itu.

Pegawai itu berkata, hipotesis itu adalah berdasarkan data yang masih tidak didedahkan dari radar tentera yang sentiasa menandakan perjalanan pesawat selepas ia hilang dari skrin kawalan trafik udara.

AP memetik beberapa pakar penerbangan yang menyokong andaian itu bahawa juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman dalam penerbangan sengaja menyimpangkan pesawat daripada laluan sebagai satu tindakan sabotaj.

"Mereka mendapati sukar untuk mempercayai bahawa pesawat moden seperti 777 akan mengalami kegagalan elektronik yang mengakibatkan pesawat tidak dapat berkomunikasi, namun terus dapat diterbangkan," lapornya.

Walaupun tindakan keganasan turut dinamakan sebagai satu lagi kemungkinan, kebanyakan pakar mempersoalkan mengapa mereka yang bertanggungjawab tidak menyasarkan sebuah bandar atau pangkalan tentera.

The New York Times berkata, rampasan merupakan sebab kemungkinan kehilangan pesawat dan memetik seorang pegawai Malaysia lain yang tidak dinamakan sebagai berkata bahawa pesawat itu direkodkan telah terbang sehingga ke 45,000 kaki sejurus sebelum turun ke paras 23,000 kaki.

Reuters pula memetik seorang pegawai AS yang tidak dinamakan sebagai berkata bahawa kemungkinan bahawa pesawat itu sengaja dialihkan dan ia mungkin telah mendarat di satu tempat.

Tags / Kata Kunci: The New York Times , MH370 , AFP , AP , Reuters

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan