Tumpuan Siasatan Beralih Kepada Anak Kapal Dan Penumpang MH370

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mac 2014 5:48 PM

Pengamal media dan orang ramai tekun menonton siaran langsung sidang media khas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat MH370 di kaca televisyen ketika di hotel penginapan ahli keluarga MH370 di Putrajaya, Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata berdasarkan perkembangan terkini misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, pihak berkuasa telah mengubah tumpuan penyiasatan mereka kepada anak kapal dan penumpang pesawat itu.

Najib berkata pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan, sebab kenapa penerbangan MH370 itu menyimpang daripada laluan asalnya menuju ke Beijing, selepas disahkan bahawa pesawat yang dilihat dalam data radar utama ialah MH370.

"Sepanjang tujuh hari lepas kami telah menjejaki setiap penunjuk dan meneliti setiap kemungkinan. Kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat, kami harap maklumat baharu ini akan membawa kita lebih hampir kepada penemuan pesawat itu," katanya dalam taklimat media di sini Sabtu.

Najib juga telah mengarahkan Kementerian Luar supaya memberikan penerangan penuh kepada kerajaan-kerajaan asing yang mempunyai penumpang di dalam pesawat berkenaan.

 Najib juga mengarahkan pihak berkuasa Malaysia supaya berkongsi semua maklumat yang berkaitan secara bebas dan telus dengan pasukan penyiasatan yang lebih besar, negara-negara jiran dan rakan antarabangsa yang menyertai operasi bersama itu.

Setakat hari ini 14 negara, 43 buah kapal dan 58 pesawat terlibat dalam pencarian itu.

Beliau berkata walaupun begitu hangat spekulasi yang disebarkan, pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab terhadap penyiasatan yang dilakukan dan keluarga terlibat, untuk hanya mengeluarkan maklumat yang telah dipersetujui dan disahkan bersama.

"Dorongan utama kami sudah semestinya untuk menemui pesawat yang dicari. Sepanjang tujuh hari lepas, kami telah menjejaki setiap penunjuk dan meneliti setiap kemungkinan," katanya.

Beliau menambah kata Malaysia Airlines telah memberitahu kaum keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu tentang perkembangan baharu ini pagi tadi.

"Kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat, kami berharap maklumat baharu ini akan membawa kita lebih hampir kepada penemuan pesawat itu. Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan keperitan yang mereka lalui kini. Ingatan dan doa kita bersama mereka," katanya.
Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Najib Tun Razak , mh370 , mas

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan