Status 1.7 Juta Pemohon BR1M Diketahui Minggu Depan - Ahmad Husni

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mac 2014 1:46 PM

Ahmad Husni Hanadzlah.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seramai 1.7 juta pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang masih dalam senarai semakan akan mengetahui status permohonan mereka minggu depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Bermula minggu depan pemohon akan menerima surat sama ada permohonan mereka lulus atau tidak. Pemohon yang tidak lulus akan diberi peluang untuk memohon rayuan kepada pihak LHDN," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Beliau berkata pemohon yang tidak layak boleh membuat rayuan dengan merujuk ke laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau terus ke pejabat.

Beliau berkata daripada jumlah itu, LHDN turut melakukan semakan ke atas 500,000 pemohon bagi BR1M 2.0 yang berakhir pada Sabtu.

Ahmad Husni berkata LHDN menjalankan proses semakan berikutan pelbagai masalah timbul membabitkan butiran dan pengesahan pemohon.
Tags / Kata Kunci: LHDN , Ahmad Husni , BR1M

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan