Mohd Shariff Sertai PKR Tidak Jejas Umno - Shafie

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mac 2014 2:02 PM

Mohd Shafie Apdal.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Tindakan bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memberi kesan dan menjejaskan sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara tersebut sememangnya sudah dijangka terutamanya selepas beliau dipecat daripada Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

"Ini bukan satu kejutan, bukan satu masalah kepada Umno.

"Kita yakin ia tidak akan memberi kelemahan dalam parti khususnya Umno Pulau Pinang. Saya yakin Umno masih kuat, masih kukuh," katanya ketika berkempen di Kampung Paya di sini, Sabtu.

Mohd Shariff yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menyerahkan borang keahlian menyertai PKR ketika ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang anjuran Pakatan Rakyat pada Jumaat malam.

Selain Mohd Shariff, lima pemimpin bahagian Umno turut menyertai parti itu.

Mohd Shariff secara automatik dipecat daripada Umno selepas menghantar borang pencalonan sebagai calon Bebas pada PRU-13.

Selain itu Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata rakyat kini bijak memilih parti politik yang mempunyai rekod perkhidmatan yanv cemerlang berbanding personaliti pemimpin.

"Sokong kita bukan sebab siapa kita, kepercayaan atau bangsa...tapi apa yang lebih penting ialah yang boleh buat kerja. Itu lebih penting.

"(Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim pun hilang daripada Umno...tetap tiada kesan kepada Umno...tak ada impak," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan