Operasi SAR Di Selat Melaka Seperti Biasa, APMM Kerah Tiga Kapal

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mac 2014 8:09 PM

Anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Laskar Kelas 2 Nadzir Jamil meninjau beberapa kawasan perairan Selat Melaka dalam usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas, di 60 batu nautika dari Bukit Malut di Langkawi Sabtui. APMM melakukan rondaan terutamanya di sekitar Pulau Perak dengan tiga buah kapal milik agensi tersebut. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan tiga kapalnya membuat rondaan di Selat Melaka dalam usaha membantu misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.

Menurut seorang pegawai APMM, operasi agensi itu melibatkan enam sektor di utara Selat Melaka dan operasi dilakukan 24 jam,.

"Operasi di Selat Melaka berjalan seperti biasa setiap hari," katanya kepada pemberita yang mengikuti operasi itu Sabtu.

APMM membawa 24 wakil media termasuk dua dari Guangzhou, China untuk turut serta dalam operasi mencari itu. Mereka dibawa ke sekitar Pulau Perak, kira-kira 60 batu nautika dari Bukit Malut di sini.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam Jumaat.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi Sabtu.
Tags / Kata Kunci: APMM , selat melaka , mh370 , Bukit Malut

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan