MAS Akan Terus Berhubung Dengan Keluarga Penumpang MH370

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mac 2014 9:04 AM

Dua pelawat bergambar dengan berlatarbelakangkan kata-kata ucapan dan semangat yang ditulis oleh orang ramai sebagai tanda sokongan dan simpati kepada nasib anak kapal dan penumpang penerbangan Malaysia MH370 di anjung tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Malaysia Airlines (MAS) akan terus berhubung dengan keluarga penumpang penerbangan MH370 biarpun mereka telah kembali ke rumah masing-masing, kata Pegawai Pengurusan Kanan MAS Ignatious Ong Ming Choy. 

Beliau berkata MAS akan memberikan nombor telefon dan alamat e-mel kepada keluarga penumpang bagi memastikan maklumat dari Kuala Lumpur boleh terus disampaikan kepada mereka.

"Sebaik sahaja pesawat yang hilang itu ditemui, kami akan menghubungi mereka untuk menguruskan perjalanan mereka," katanya kepada para wartawan Malaysia di sini Jumaat.

Beliau berkata MAS juga akan membiayai kos pengangkutan pulang saudara-mara penumpang pesawat itu.

MAS yang telah menampung segala kos anggota keluarga penumpang pesawat itu sejak kejadian itu berlaku Sabtu lepas, berjanji akan menanggung segala kos mereka untuk sekurang-kurangnya seminggu.

Sebanyak 31,000 yuan (US$5,000) bantuan kewangan juga telah diperuntukkan kepada anggota keluarga setiap penumpang MH370.

Beliau berkata buat masa ini sebanyak 500 visa kemasukan pelbagai telah dikeluarkan kepada anggota-anggota keluarga selain daripada penerbangan yang disediakan MAS untuk membawa mereka ke lokasi sebaik sahaja pesawat itu ditemui.

"Mereka perlu meneruskan kehidupan, mereka masih ada yang tersayang menunggu mereka di rumah. Adalah normal untuk mereka merasa sedih dan marah kerana mereka mencari satu jawapan yang kami masih tiada ," katanya.

Ditanya berapa lama lagi saudara-mara penumpang perlu menunggu di Hotel Lido di sini, Ong berkata pihaknya merancang untuk memberitahu mereka dalam dua atau tiga hari lagi dan mereka akan mempunyai masa seminggu untuk berkemas sebelum pulang.

Mengenai sukarelawan pasukan Go terdiri daripada sekurang-kurangnya 93 kakitangan MAS dan anggota-anggota yayasan Penganut Buddha Tzu-Chi , Ong berkata beliau berasa bangga dengan mereka.

Beliau berkata selain daripada memberikan sokongan emosi, sukarelawan-sukarelawan itu juga membantu keluarga-keluarga itu dalam kerja-kerja pentadbiran seperti membantu mereka mengisi borang permohonan visa dan menjadi penterjemah.

"Kami tidak bercakap mengenai agama atau bangsa di sini, mereka semua sanggup menyumbang tanpa kepentingan diri," katanya.

Tags / Kata Kunci: MAS , MH370 , Go Team

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan