Lapan Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mac 2014 10:59 AM

Orang ramai dinasihatkan supaya mengenakan topeng mulut ketika keluar rumah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lapan kawasan termasuk Pelabuhan Klang, Tanjung Malim dan Banting mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi Sabtu.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Pelabuhan Klang ialah 182, diikuti Tanjung Malim (146), Banting (140), Shah Alam (125), Petaling Jaya (124), Putrajaya (115), Muar (103), dan Batu Muda (102).

Sementara itu, 20 kawasan lain mencatat IPU paras sederhana dan 22 kawasan lagi mencatat bacaan IPU paras baik.

Pagi Jumaat, Pelabuhan Klang dan Banting mencatat IPU paras berbahaya.

Bacaan IPU baik berada antara 0-50, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing.


Tags / Kata Kunci: IPU , JAS , Jerebu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan