MH370: KD Kasturi Tunggu Arahan Lanjut Pusat Operasi TLDM

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mac 2014 6:30 PM

Panglima Wilayah Laut Satu Laksamana Muda Datuk Azhari Abdul Rashid (tiga, kanan) bersama anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berdoa di atas kapal KD Kasturi yang berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, untuk mengisi minyak dan menambah bekalan makanan dan air sebelum keluar semula ke Laut China Selatan bagi mencari pesawat MH307 yang hilang ketika dalam perjalanan Kuala Lumpur ke Beijing China sejak 8 Mac lalu di Kuantan, Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kapal KD Kasturi milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan terus membantu operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 sehingga menerima arahan selanjutnya daripada Pusat Operasi TLDM.

Pegawai Memerintah KD Kasturi Komander Mohd Zaidi Ibrahim berkata semua anak kapal mempunyai motivasi tinggi untuk meneruskan usaha menjejak pesawat itu, yang hilang sejak Sabtu lepas.

"Semua 158 anak kapal KD Kasturi termasuk pegawai, tidak berdepan sebarang masalah untuk terus menyertai operasi SAR ini.

"Sejak menyertai operasi SAR bersama kapal dari pelbagai negara pada Ahad lepas, kita tidak menemui sebarang kesan tumpahan minyak atau serpihan...kita masih tidak berputus asa.

"Semua kawasan dikenal pasti sebagai lokasi terakhir pesawat itu juga sudah diperiksa dan tidak menemui apa-apa kesan," katanya kepada pemberita di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini, Sabtu.

Kapal KD Kasturi berlabuh di pangkalan itu bagi memuat naik bekalan makanan dan mengisi minyak selepas seminggu belayar menyertai operasi SAR di perairan Laut China Selatan.

Turut menyambut ketibaan kapal itu ialah Ketua Markas TLDM Wilayah 1, Laksamana Muda Datuk Azhari Abdul Rashid.

Selain memuat naik bekalan makanan mencukupi untuk tempoh dua minggu, sebanyak 180,000 liter minyak diesel turut diisi bagi membolehkan KD Kasturi belayar sejauh kira-kira 2,000 batu nautika.

Dalam pada itu, seramai 10 pemberita dibenarkan menaiki bot tempur TLDM sejauh kira-kira 15 batu nautika (40 kilometer) dari pangkalan itu untuk meninjau operasi SAR di kawasan Laut China Selatan, yang turut disertai anggota maritim China Coast Guard.

Seramai empat anggota maritim China yang berada di atas kapal mereka kemudian melambai-lambai ke arah bot TLDM sebagai simbolik mereka masih meneruskan operasi membantu TLDM dalam misi SAR berkenaan.

Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing dilaporkan hilang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi, Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat, yang memasuki hari kelapan hari ini, masih gagal mengesan pesawat itu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan