Wan Azizah Tidak Kisah Penyebaran Risalah Serang Peribadi

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 8:08 PM

wan azizah

Wan Azizah (tengah) cuba memasak murtabak di salah sebuah gerai sewaktu berkempen di pasar malam Sungai Jelok di Kajang, Jumaat. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak terkesan dengan penyebaran risalah yang memburukkan personaliti dan keluarganya ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Tidak terkejut dengan tomahan itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut berkata beliau  sudah kebal dengan taktik sedemikian setelah terlibat secara langsung dalam bidang politik sejak lebih 15 tahun lalu.

"Tidaklah...tidak patahkan semangat saya. Dah lama saya dalam bidang ini, macam-macam lagi serangan saya terima dan lebih daripada ini," katanya ketika ditemui sewaktu berkempen di pasar malam Sungai Jelok di sini, Jumaat.

Awal hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Suhaimi Shafiei berkata, PKR akan membuat laporan polis mengenai penyebaran risalah tanpa maklumat penerbit dan pencetak sejak beberapa hari lalu.

Risalah empat muka itu antara lain memuatkan tujuh fakta kelemahan Wan Azizah termasuk mengenai kemungkinan bakal menjaga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan bersalah meliwat dan dikenakan hukuman penjara.

Bagaimanapun tegas Wan Azizah beliau kecewa dengan kaedah kempen sedemikian yang disifatkannya mencemarkan keharmonian kempen pilihan raya.

"Ini tidak sepatutnya berlaku, kempen pilihan raya sepatutnya berlaku dengan aman dan harmoni.

"Kita perlu bersihkan dunia politik dengan kempen yang sihat," katanya.

Tags / Kata Kunci: wan azizah , dun kajang , prk kajang

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan