USS Kidd Sedang Bergerak Ke Lautan Hindi

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 10:44 AM

USS Kidd direka untuk anti-pesawat udara, anti-kapal selam dan anti-operasi di permukaan.

(Ubah saiz teks)

USS Kidd (DDG-100), yang kini sedang menuju ke kawasan disyaki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terhempas di Lautan Hindi, merupakan satu daripada 62 kapal pemusnah berpeluru kategoru Arleigh Burke yang direka untuk anti-pesawat udara, anti-kapal selam dan anti-operasi di permukaan.

Ia telah dikerahkan untuk menyertai kapal USS Pinckney (DDG-91) pada 10 Mac, selepas kapal tersebut mengubah haluan dari misi latihan di Laut China Selatan pada 8 Mac untuk membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Menurut laman web Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), kapal USS Kidd, sama seperti jenis Pinckney yang mempunyai keupayaan dalam kategori Arleigh Burke kerana Pinckney memiliki dua helikopter MH-60R Seahawk yang direka untuk misi mencari dan menyelamat.

"Helikopter itu boleh terbang pada kelajuan maksimum 180 knot dengan ketinggian 13,000 kaki (3,962) mempunyai jarak maksimum 245 batu nautika dan berupaya untuk melakukan pencarian pada waktu malam menggunakan kamera Forward Looking Infra-red (FLIR)," menurut laman web itu.

USS Kidd dan Pinckney yang ditempatkan di San Diego melakukan latihan dan misi keselamatan maritim di perairan antarabangsa di Laut China Selatan sebelum dihantar untuk membantu operasi mencari pesawat MH370.

Tags / Kata Kunci: USS Kidd , Pinckney , Lautan Hindi , MH370

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan