Perancis Tawar Bantuan Siasat Kehilangan Pesawat MH370

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 6:41 PM

Jean-Marc Ayrault

Jean-Marc Ayrault.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perancis pada Jumaat menawarkan bantuan kepada Malaysia untuk menyiasat kehilangan pesawat MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Perdana Menteri berkenaan, Jean-Marc Ayrault, dalam suratnya kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata Pejabat Penyiasatan dan Analisis bagi Keselamatan Penerbangan Awam Perancis bersedia memberikan bantuan kepada Malaysia.

Surat Ayrault yang ditulis dalam bahasa Perancis dengan versi terjemahan dalam bahasa Inggeris dihantar menerusi e-mel kepada Bernama oleh Kedutaan Perancis di Malaysia di sini, Jumaat.

Sambil menyatakan rasa sedih dan simpati di atas kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu, Ayrault berharap pesawat itu dapat ditemui dengan segera.

"Saya ingin memberi jaminan kepada anda, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tentang pertimbangan tertinggi saya (terhadap usaha ini)," kata beliau.

Laporan awal menyatakan terdapat empat penumpang Perancis dalam pesawat itu, yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Misi mencari dan menyelamat pesawat itu sudah memasuki hari ketujuh dengan kawasan pencarian diperluaskan ke Lautan Hindi selain dilakukan di Laut China

Selatan dan Selat Melaka.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan