Manifesto Azizah Cermin Kelemahan Khalid - Liow

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 5:09 PM

Liow Tiong Lai

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal menyelesaikan masalah rakyat di negeri ini apabila Datuk Seri Dr Wan Azizah terpaksa mengemukakan manifesto baru khusus bagi meraih undi pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan Wan Azizah menaburkan janji baru kepada rakyat memberi tamparan hebat kepada kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor.

"Wan Azizah sendiri sedar akan kekurangan dan kelemahan kerajaan negeri yang tidak dapat selesaikan masalah rakyat.

"Jadi beliau terpaksa beri manifesto baru kepada rakyat. Ada banyak isu rakyat yang mereka gagal laksanakan," katanya di Pusat Operasi Induk MCA di Taman Berjaya di sini, Jumaat.

Sebelum ini Wan Azizah yang menjadi calon PKR pilihan raya kecil DUN Kajang melancarkan manifesto parti itu iaitu dengan menyatakan empat komitmen beliau termasuk janji untuk meningkatkan prestasi kutipan sampah di kawasan Kajang.

Tiga lagi teras ialah membanteras jenayah dan tingkatkan keselamatan, pembangunan anak muda dan usahawan kecil serta menangani masalah kesesakan lalu lintas.

Mengulas lanjut Liow berkata, manifesto Wan Azizah jelas mempamerkan prestasi sebenar kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu sejak kali pertama mentadbir selepa PRU 2008.

"Selalunya mereka hanya tahu kritik sahaja. Tapi apabila mereka menjadi kerajaan di Selangor, Presiden mereka sendiri terpaksa buat manifesto baru sebagai modal kempen," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan