Keluarga Penumpang Pesawat MH370 Dari China Mohon Bercakap Dengan Pemimpin Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 3:42 PM

Antara keluarga mangsa pesawat MH370 yang hilang, tiba dari China berada di salah sebuah hotel di Cyberjaya.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Beberapa anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari China telah memohon untuk bercakap secara terus dengan pemimpin Malaysia melalui telepersidang video.

Keutamaan mereka ialah, kedudukan pesawat MAS penerbangan MH370 dan kerja yang dijalankan Kerajaan Malaysia dalam usaha mencari pesawat yang membawa 239 penumpang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang hilang awal Sabtu lepas.

Mereka memohon pakar dalam bidang telekomunikasi dan radar serta pegawai atasan dari Jabatan Penerbangan, tentera dan tentera laut untuk bercakap secara langsung.

Selain meminta Duta Malaysia di China Datuk Iskandar Sarudin, untuk bertemu mereka di sini, anggota keluarga juga mahu pembayaran dibuat untuk perbelanjaan dan penginapan sejak insiden kehilangan pesawat berkenaan.

Sebelum ini, MAS berjanji untuk menanggung penginapan anggota keluarga di Beijing selama seminggu.

Jurucakap MAS Ignatius Ong Ming Choy berkata syarikat penerbangan itu akan menanggung perbelanjaan bil telefon mereka sama ada di Beijing atau Kuala Lumpur.

Anggota keluarga berkenaan telah menolak tawaran Ong untuk menerbangkan kira-kira 20 hingga 30 anggota keluarga ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat terawal di sana, bersama-sama anggota keluarga terbabit yang tiba beberapa hari lalu.
Wakil dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia turut hadir pada taklimat bersama anggota keluarga hari ini.

Misi mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai negara itu sedang berjalan bagi mencari pesawat MH370 yang hilang dengan tumpuan terbaharu di Lautan Hindi berikutan laporan kemungkinan pesawat berkenaan berubah haluan.
Tags / Kata Kunci: china , beijing , mh370 , mas

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan