Pencarian MH370 Diperluaskan Kerana Ia Bukannya "Penyiasatan Biasa" - Hishammudin

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 7:41 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Tanpa sebarang butiran baharu, pencarian pesawat MH370 dikerahkan sehingga ke arah timur di Laut China Selatan dan Lautan Hindi, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Keutamaan kita masih mencari pesawat," katanya kepada para pemberita pada sidang media di Hotel Sama-Sama dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Jumaat.

Sebanyak 13 negara terlibat dalam operasi dengan 57 kapal dan 48 pesawat.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dari skrin radar pada pukul 1.30 pagi Sabtu dalam penerbangannya ke Beijing.

Mengenai pelbagai spekulasi berhubung lokasi pesawat, Hishammudin berkata, mereka tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat kepada umum selagi maklumat itu tidak benar dan tidak disahkan. 

Beliau berkata, pencarian yang diperluaskan ke kedua-dua bahagian Semenanjung Malaysia "masih belum menemui apa-apa lagi".

Beliau menafikan laporan media Amerika Syarikat (AS) yang merujuk seorang pegawai AS yang tidak dinamakan bahawa pesawat yang menggunakan Boeing 777 diterbangkan selama empat sehingga lima jam selepas hilang dari radar.

Salah satu laporan berdasarkan maklumat bahawa sistem komunikasi pesawat terus "memberi signal 'pings' atau denyut
elektronik" kepada satelit selama sehingga empat jam selepas ia hilang pada awal pagi Sabtu.

Mengenai kemungkinan penerbangan MH370 membuat pusingan balik ke arah Selat Melaka, Hishammuddin berkata, maklumat itu tidak dapat disahkan sepenuhnya.

Beliau berkata, walaupun terdapat maklumat penerbangan berpatah semula, "ia tidak boleh tidak menjadi 100 peratus disahkan sebagai MH370 maka sebab itulah kita memperluaskan pencarian sehingga ke Selat Melaka."

"Ini adalah penting. Saya akan menjadi orang yang paling gembira sekiranya kita boleh mendapatkan pengesahan itu dengan menggerakan kesemua aset kita (ke Selat Melaka)," katanya.

Beliau menambah, mereka juga tidak dapat mengesahkan kemungkinan sama ada terdapat rampasan di dalam pesawat atau transponder data tersebut sengaja ditutup.

"Kami sedang mengkaji semua kemungkinan," katanya.

Ditanya mengenai keputusan kerajaan Vietnam untuk memperkecilkan operasi mencari mereka, beliau berkata, ia dilihatnya secara positif.

"Mereka membenarkan kita untuk menjalankan operasi di perairan mereka," kata beliau sambil menambah bahawa dua tompokan minyak yang ditemui kira-kira 60 batu nautika dari kedudukan terakhir pesawat itu dikesan bukannya MH370 .

Seorang pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat berkata, kapal USS Kidd dihantar ke Lautan Hindi di seberang semenanjung Malaysia dari mana terputus hubungan untuk menyiasat.

Hishammuddin bagaimanapun menegaskan bahawa terdapat sebab utama untuk memperluaskan kawasan pencarian berikutan kegagalan untuk mengesan pesawat itu di kawasan yang dicari setakat ini.

"Tetapi ini bukanlah satu siasatan biasa. Dalam kes ini, maklumat yang kita ada memaksa kita untuk mencarinya lagi dan pergi lebih jauh," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan