MH370: Kapal AS, Termasuk Uss Kidd Digerak Ke Lautan Hindi

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 9:12 AM

Kapal pemusnah USS Kidd yang diambil dari fail Tentera Laut AS pada 2008.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) pada hari Khamis mengerahkan kapalnya bergerak ke Lautan Hindi untuk mencari pesawat Malaysia yang hilang ekoran laporan pesawat tidak henti-henti menghantar isyarat bunyi (ping) kepada satelit selepas terputus hubungan radar.

Usaha dan fokus pencarian beralih dari Laut China Selatan selepas Rumah Putih berkata 'maklumat baharu' menunjukkan pesawat itu mungkin telah menjunam di Lautan Hindi.

"USS Kidd akan melakukan transit di Selat Melaka dalam perjalanan ke Lautan Hindi," kata seorang pegawai tentera laut kepada AFP, merujuk kepada kapal pemusnah berpelurunya.

Pesawat tambahan AS, P-8A Poseidon juga sedang menuju ke kawasan itu, di mana P-3 Orion telah pun membantu dalam usaha pencarian, kata pegawai itu yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Langkah itu dibuat selepas adanya laporan bahawa sistem komunikasi Boeing 777 Malaysia Airlines berterusan memberi isyarat bunyi kepada satelit dalam tempoh beberapa jam selepas pesawat hilang dari radar.

Isyarat itu diperolehi dari sistem pengurusan kapal terbang yang menyediakan aliran data atas operasi pesawat itu, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ) dan ABC News.

WSJ kemudiannya menarik balik satu maklumat dalam laporan asalnya yang mengeluarkan kenyataan tidak betul bahawa penyiasat telah melihat isyarat pada enjin pesawat Rolls -Royce.

Satu laporan berita ABC yang berasingan memetik dua pegawai AS tanpa nama berkata penyiasat kini percaya bahawa sistem data pesawat dan transponder yang melaporkan kedudukannya dalam penerbangan ditutup secara berasingan.

Penerbangan Malaysia Airlines 370 dengan 239 di atas kapal, berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, dilaporkan hilang hampir seminggu selepas terputus hubungan radar.

Kemungkinan bahawa pesawat terbang selama beberapa jam membangkitkan pelbagai persoalan baru mengenai nasib pesawat itu.

Pencarian antarabangsa memberikan tumpuan di kawasan Laut China Selatan di timur Malaysia, di sepanjang laluan pesawat.

Rumah Putih berkata maklumat baharu yang tidak dapat ditentukan telah mendorong pihak berkuasa untuk melakukan pencarian di kawasan di sebelah barat Lautan Hindi.

Tags / Kata Kunci: USS Kidd , P-8A Poseidon , P-3 Orion , mh370 , mas , lautan hindi

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan