'Kecemasan Air' Mungkin Diisytihar Jika Tiada Hujan Dalam Masa Tiga Minggu

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 10:48 AM

Empangan Sungai Selangor

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perisytiharan air pada 'tahap kecemasan' mungkin terpaksa dilakukan jika keadaan cuaca tidak menunjukkan peningkatan dalam masa tiga minggu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata: "Jika masih tidak hujan dalam masa tiga minggu ini, saya rasa Majlis Keselamatan Negara yang sedang mengkaji keseluruhan keadaan perlu mengisytiharkan kecemasan."

"Kita semua mendoakan supaya hujan turun. Jika tidak, keadaan akan menjadi benar-benar buruk," katanya, Khamis.

Dr Maximus berkata paras air telah menurun disebabkan musim kering yang berpanjangan.

Empangan Sungai Selangor yang merupakan takungan yang terbesar di negeri ini merekodkan kapasiti 40.53 peratus air sehingga 8 pagi Khamis.

Lembaga Urus Air Selangor (Luas) di laman webnya berkata empangan yang memberikan khidmat kepada lebih 60 peratus daripada 7.1 juta penduduk di Lembah Klang dan Selangor itu berada pada kapasiti 40.99 peratus pada masa yang sama, hari Rabu.

Ia adalah konsisten dengan kenyataan kerajaan Selangor pada awal Februari bahawa air di empangan itu berkurangan sebanyak 0.4 peratus setiap hari kerana cuaca panas terik di Semenanjung selama beberapa minggu dan kekurangan hujan di kawasan tadahan air.

Tahap air di empangan lain ialah 51.44 peratus (Klang Gates) 90.72 peratus (Batu) , 61.53 peratus (Langat), 77.49 peratus (Semenyih), 71.22 peratus (Sungai Tinggi) dan 91.63 peratus (Tasik Subang).

Sumber-sumber dilaporkan berkata bahawa paras air di empangan akan dianggap kritikal jika berada di bawah 40 peratus.

Walau bagaimanapun, Pengarah Luas Md Khairi Selamat tidak bersetuju dengan laporan tersebut dan berkata tahap kritikal adalah 30 peratus.

"Jika ia berterusan seperti ini, iaitu jika hujan masih tidak turun, kita mempunyai kira-kira 30 hari sebelum ia (Sungai Empangan Selangor) sampai ke tahap kritikal," katanya kepada The Star.

Selangor sedang melalui fasa ketiga pencatuan yang menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara memberi kesan kepada 722.032 isi rumah melibatkan kira-kira 3.6 juta orang.

Mereka menerima bekalan setiap dua hari di bawah amalan "pengagihan berjadual".

Hujan singkat di bahagian-bahagian tertentu di negeri ini tidak banyak membantu dalam meningkatkan paras air.

Pembenihan awan telah ditangguhkan setakat ini kerana pesawat telah dikerahkan untuk membantu mencari penerbangan MH370 yang hilang.

Di Johor, beribu-ribu rumah terpaksa bergantung kepada bekalan lori tangki air kerana sungai telah kering.

Menurut SPAN, loji rawatan air Sembrong Timur berkhidmat daerah Kluang kini hanya menghasilkan kurang daripada 0.4 juta liter air sehari berbanding 31 juta liter kebiasaannya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan