Data Radar Tunjukkan MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Kepulauan Andaman

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 5:38 PM

Lokasi terakhir pesawat MH370 dikesan sebelum hilang dari radar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isyarat radar-pengesan militari menunjukkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu sengaja diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia ke Kepulauan Andaman, menurut beberapa sumber yang terlibat dengan siasatan itu, kata Reuters pada Jumaat.

Dua sumber berkata, sebuah pesawat yang tidak dikenali yang dipercayai MH370 telah mengikuti arah antara laluan pelayaran - menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang dengan latihan penerbangan - apabila ia kali terakhir dikesan radar tentera di pantai barat laut Malaysia.

Titik akhir pada radar pengesan militari itu menunjukkan pesawat tersebut terbang menuju Kepulauan Andaman di India, kata mereka.

Titik laluan adalah lokasi geografi, dapat diketahui dengan mengira longitud dan latitud, yang membantu juruterbang mengemudi arah sepanjang laluan udara yang dihadkan.

Menurut sumber ketiga, siasatan kini fokus kepada teori bahawa seseorang yang tahu bagaimana untuk menerbangkan pesawat tersebut dengan sengaja mengalihkan pesawat yang membawa 239 penumpang itu, ratusan batu di luar laluan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Apa yang boleh kami katakan adalah kemungkinan terdapat unsur sabotaj menerusi rampasan pesawat," kata seorang pegawai kanan polis Malaysia.

Kesemua sumber enggan nama mereka didedahkan kerana mereka tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media kerana takut akan mengganggu siasatan.

Beberapa pegawai Kementerian Pengangkutan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen.

Tags / Kata Kunci: Kepulauan Andaman , MH370 , MAS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan