Britain Gerakkan Pasukan Penyiasat Kemalangan Udara Bantu Cari MH370

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 8:46 PM

Air Accidents Investigation Branch
(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Britain menggerakkan satu pasukan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) bagi membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Suruhanjaya Tinggi British di sini dalam satu kenyataan berkata, pasukan itu terdiri daripada penasihat dari pembuat enjin Rolls Royce dan dua penyiasat kanan AAIB.

"AAIB menawarkan bantuan kepada pihak berkuasa Malaysia sebagai badan siasatan untuk negara pembuatan enjin itu.

"Ini adalah prosedur biasa untuk mana-mana insiden yang melibatkan pesawat menggunakan enjin yang diperbuat oleh UK," kata Suruhanjaya Tinggi dalam satu kenyataan. 

"Adalah diperlukan untuk mempunyai kepakaran apabila pesawat MH370 itu ditemui dan pihak berkuasa Malaysia bergerak pantas ke fasa siasatan," katanya. 

Pesawat yang menggunakan Boeing777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari skrin radar selepas  satu jam berlepas di KLIA dalam penerbangannya ke Beijing pada 8 Mac lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan